FAIQA HEALTHCARE

FAIQA HEALTHCARE

Followers

Wednesday, 22 October 2014

Cara Meningkatkan Kadar Metabolisme

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara meningkatkan kadar metabolisme.. Meh kita kenal dulu apa itu metabolisme?

* Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing..

Jom kita praktikkan cara ni bagi mereka yang ingin meningkatkan kadar metabolisme..

#1 Minum Air Secukupnya
--- Minum air lapan gelas sehari mampu membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum..

#2 Tidur Yang Cukup
--- Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.. Kekurangan tidur boleh mengganggu keupayaan badan untuk membakar kalori..

#3 Jangan Tertekan
--- Stress boleh meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh.. Apa tu kortisol? Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi..

#4 Lakukan Senaman
--- Satu paun otot akan membakar 35-50 kalori manakala satu paun lemak akan membakar hanya 5-10 kalori sahaja.. Jadi, tingkatkan otot di dalam tubuh badan dapat meningkatkan kadar metabolisme asas sehingga 40 %.

#5 Kalsium Secukupnya!
--- Kekurangan kalsium di dalam tubuh badan mencetuskan hormon yang menyebabkan tubuh berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar..

#6 Vitamin C
--- Selain kalsium, vitamin C juga penting.. Kedua-duanya ibarat BFF dalam meningkatkan kadar metabolisme.. Kalsium berfungsi mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut..

#7 Makan Pedas!
--- Sapa yang suka makan pedas kira satu bonus untuk anda.. Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya..

7 cara khas untuk anda! Apa tunggu lagi? Tingkatkan metabolisme anda untuk kembali ramping seperti kerengga.. haha :-P

Nak dapatkan set turunkan berat dengan Shaklee? Konsultasi percuma dan bimbingan sepenuhnya diberikan..

Boleh terus berhubung dengan saya, Lina (013-4109817)

Sunday, 5 October 2014

Cara Bakar 100 Kalori

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Kebanyakan daripada kita sering mengeluh kerana sukar meluangkan masa untuk bersenam atas alasan aktiviti harian yang sangat padat..
Kini, dengan apa sahaja yang kita lakukan seperti berjalan ataupun berdiri.. Ia juga mampu membakar 100 kalori..

Bagaimana?

Membakar 100 kalori dengan aktiviti:
1. Berbasikal --- 23 minit
2. Lompat Tali --- 9 minit
3. Berlari Anak Tangga --- 6 minit
4. Berlari --- 9 minit
5. Berenang --- 9 minit
6. Daki Tangga --- 11 minit
7. Berjalan --- 20 minit

Mudah bukan?

Jom sertai cabaran kurangkan kalori!

***
Pengedar Shaklee Kota Tinggi
Lina Hamizah Rahmad
013-4109817

Saturday, 22 September 2012

Datang Seperti Ribut,Pergi Seperti Semut


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Datang seperti ribut, pergi seperti semut.. Acece... Tetibe nak bermadah peribahasa la pulak.. hihi.. Peribahasa macam ni sering kali dikaitkan dengan penyakit yang datang tetiba je, tapi tang nak baik, alahai, makan masa beberapa hari ye.. 

Baru je beberapa hari naik cuti, selesema, batuk dan sekaligus demam menghinggap diri.. (macam langau pulak nak main hinggap2).. Macam homesick la konon.. :P hihi.. Batuk yang sekalian teruk ye.. Bunyi kui3 jangan cakap la, sampai tak boleh nak menidurkan diri dengan nyenyak.. Kesian juga dengan roommate, mesti tak dapat tido.. Apapun, ubat batuk Cap Kaki Tiga jadi pilihan.. Adoi, lama dah x hirup ubat batuk.. Rela dalam keterpaksaan ku telan jua.. hoho.. 

Tak sampai situ je, tapi dalam masa yang sama diri ni tetiba ter"allergic" angkara Mr. Krabs!! Ya Allah.. Sabarkan diri ni.. Dugaan.. 


Fuhh~ Tengok tu punya tak bersalah Mr. Krabs menafikan ye.. hoho =___= .. 

Walau apapun.. Alhamdulillah.. Kini, diberi nikmat sihat semula selepas ketidaksihatan hampir seminggu.. Pada abah & mak yang masih tak sihat kat rumah, pada kakak yang baru lepas buat pembedahan, semoga cepat sembuh ye.. Hanya mampu doakan dari jauh..

p/s : Dah masuk minggu kedua dah semester ni.. Semangat2!!

Sekian, wassalam..